NEW MEXICO: Satu keluarga yang diselamatkan dari kereta mereka yang tertimbus jauh dalam salji selama hampir dua hari memberitahu bagaimana mereka khuatir mereka tidak dapat keluar dari situ hidup-hidup.
Pasukan penyelamat terpaksa menggali salji sedalam empat kaki bagi menyelamatkan keluarga Higgins, di mana kenderaan GMC Yukon 2003 mereka terbabas ke tepi lebuh raya di kawasan terpencil di New Mexico apabila ribut salji melanda kawasan itu, memerangkap mereka dalam kenderaan itu. Pasukan penyelamat menemui David dan Yvonne Higgins dari Texas, serta anak perempuan mereka berusia lima tahun, Hannah, dalam keadaan lesu dan saling berpelukan antara satu sama lain awal pagi kelmarin di lebuh raya 56 AS dekat Springer.
Keluarga itu semakin pulih di Pusat Perubatan Miners Colfax di Raton.
Higgins, 48, berkata, dia dan isterinya mengalami pneumonia tetapi anak perempuannya dalam keadaan baik.
Keluarga itu yang meninggalkan kediaman mereka Ahad lalu untuk percutian ski pra-Krismas di pusat peranginan Angel Fire di New Mexico, mula menempuh cuaca buruk sebaik saja mereka memasuki New Mexico.
Sila like+tweet dan komen. TQ!