Saturday, December 24, 2011

Giggs bincang masa depan




MANCHESTER: Tonggak veteran Manchester United, Ryan Giggs yang masih hebat pada usia 38 tahun bakal mengadakan perbincangan mengenai masa depannya di kelab itu bersama pengurus, Alex Ferguson dalam masa terdekat. 

Ferguson menganggap sumbangan pemain Wales itu ketika United membelasah Fulham 5-0, Rabu lalu sebagai ‘luar biasa’ selain Giggs turut menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Gol itu menambahkan rekod Giggs yang menjaringkan gol pada saingan liga setiap musim sejak 1992.
“Nampaknya sudah tiba masa untuk saya duduk berbincang bersama pengurus bagi melihat apa perancangannya terhadap masa depan saya di kelab ini sambil saya sendiri akan menimbang apa yang akan saya lakukan. 

“Buat masa ini, saya rasa masih berkeadaan baik dan seronok berbanding sebelum ini. Jadi tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti,” kata Giggs. 



Sila like+tweet dan komen. TQ!

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment