JAKARTA: Pasangan artis Anang dan Ashanty dilaporkan turut menjadi mangsa penipuan.
Walaupun laporan itu sudah disahkan oleh pihak polis tetapi pasangan itu tetap mahu merahsiakannya.
Menurut pengurus Anang, Yuni, pasangan itu memang tidak mahu menghebahkan musibah yang menimpa mereka kepada umum.
Yuni berkata, penipuan yang menyebabkan Anang dan Ashanty kerugian 150 juta rupiah (RM52,408) itu tidak mahu diperbesar-besarkan oleh mereka.
“Pada pendapat saya, perkara itu tidak perlu dikongsi oleh orang ramai,” kata Yuni melalui telefon, semalam. Anang dan Ashanty dijanjikan oleh seorang individu untuk membuat persembahan di sebuah stesen televisyen swasta di Beijing, China. Bagaimanapun, selepas memberikan sejumlah wang pendahuluan, persembahan yang dijadualkan itu sebenarnya tidak ada. “Mereka dijanjikan dengan persembahan di luar negara dan selepas RM52,408 diberikan, tiada persembahan dianjurkan,” kata Ketua Polis Metro Jaya, Kombes Pol Baharudin Djafar ketika ditemui di balai polis Metro Jaya, Jakarta.
Menurut Baharudin, bukan hanya Anang dan Ashanty yang menjadi mangsa penipuan. “Berdasarkan laporan, ada lima mangsa lagi yang ditipu,” katanya sambil menjelaskan jumlah kerugian semua mangsa mencapai tiga bilion rupiah (RM1.5 juta).
Suspek bagaimanapun, sudah ditahan Rabu lalu dan masih dalam siasatan.
Sila like+tweet dan komen. TQ!