GEORGE TOWN: Seorang wanita berumur 25 tahun hari ini dikenakan tahanan reman 10 hari kerana disyaki suspek dalam kes penculikan dan penderaan dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika sedang bermain di kawasan rumah di flat Jalan Padang Tembak, Air Itam, 13 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata,suspek ditahan reman selama 10 hari sehingga 2 Januari depan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kerana hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek disyaki positif dadah jenis heroin.
"Suspek juga ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah culik dan mendera kanak-kanak tersebut,"
katanya di sini, hari ini.
Katanya, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak
dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu pengurungan salah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd
Akit, hari ini.
Dua kanak-kanak berusia antara tujuh dan lapan tahun yang dilaporkan hilang
ketika sedang bermain di kawasan rumah mereka, sejak 13 Disember lalu, telah
ditemui kira-kira jam 1 petang semalam dan polis berjaya menahan seorang wanita.
Suspek mengaku mengurung dan mendera kedua-dua kanak-kanak itu selama 10
hari di rumahnya selepas menyangka bahawa kedua-dua mereka mencuri wang dan
telefon bimbit miliknya.
Pemeriksaan ke atas kedua-dua kanak-kanak itu di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati terdapat kesan kecederaan dan kesan lebam serta melecur.
Sila like+tweet dan komen. TQ!