Saturday, December 24, 2011

Kadar tol naik mulai 1 Januari





KUCHING 24 Dis. - Kadar tol di Jambatan Tun Salahuddin, di sini akan mengalami kenaikan 10 hingga 30 sen mulai 1 Januari ini.

Menurut Lembaga Pengarah Zecon Berhad, kadar tol bagi kereta atau teksi naik 10 sen menjadikan kadar baru RM1.60 manakala kadar bagi van atau kenderaan jenis pick up pula adalah RM2.20 berbanding RM2 sebelum ini.
"Sementara itu, kadar tol bagi lori atau bas naik sebanyak 30 sen menjadikan kadar baru RM3.30 berbanding RM3 sebelum ini.

"Bagaimanapun, kadar tol untuk motosikal tidak termasuk dalam kenaikan tersebut kerana bayaran sebanyak 50 sen dikekalkan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kenaikan tersebut diputuskan menerusi mesyuarat semakan semula kadar tol yang tertangguh sejak tujuh tahun lalu melibatkan Lembaga Pengarah Zecon Berhad bersama anak syarikatnya, Zecon Toll Concessionaire Sdn. Bhd., (Zecon Toll) pada 23 November lalu.

Katanya, selaras dengan perjanjian konsesi melibatkan Zecon Toll dengan kerajaan negeri, pihaknya berhak menaikkan kadar tol setiap tiga tahun.

"Namun, setelah mempertimbangkan kepentingan dan kebajikan pengguna, pihak lembaga memilih untuk tidak melaksanakan opsyen tersebut apabila mengekalkan kadar sama untuk tujuh tahun berturut-turut.
"Kita terpaksa menyemak kadar ini memandangkan kos penyelenggaraan dan kerja-kerja menaik taraf jalan semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.




Sila like+tweet dan komen. TQ!

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment