Friday, December 23, 2011

Gadis dihanyut tsunami pulang 7 tahun kemudian







JAKARTA: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut dan disangka sudah mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya. 

Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya ketika tsunami sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan dikhuatiri lemas. Namun kelmarin rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.
Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph semalam.
Gadis itu berkata, dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang sudah lama hilang. 

Dia segera menghubungi ibu bapa gadis itu, Yusniar dan Yusuf, yang mengesahkan bahawa Wati adalah anak perempuan mereka berdasarkan tahi lalat dan parut kecil pada sikunya, menurut laporan itu. 

Apa yang berlaku kepada Wati dalam tempoh tujuh tahun itu tidak jelas. 

Kira-kira 168,000 orang terkorban dalam bencana itu di Indonesia manakala angka korban di seluruh dunia ialah 230,000 orang.



Sila like+tweet dan komen. TQ!

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment