Saturday, December 24, 2011

JAMAL terguris dengan Pengasih




BAGAIMANA kehidupan Jamal selepas keluar dari Pengasih?
Syukur alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan tenteram duduk di luar berbanding berada di dalam sana. Sekarang ni, saya cuma menanti rumah baru saya siap diubahsuai dan selepas tu saya tak mahu tumpang di mana-mana lagi. 

Biarlah saya hidup sendiri.
Apakah Jamal rasa keputusan yang dibuat itu tepat?
Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat.
Maknanya, Jamal keluar atas dasar sukarela atau ada desakan orang lain?
Keputusan yang dibuat adalah sukarela selepas mengambil kira beberapa faktor.

Apa yang menyebabkan Jamal bertindak keluar?
Saya tak boleh nak ulas lanjut mengenai hal yang sebenar. Insya-Allah semua itu akan saya jelaskan dalam satu sidang akhbar yang akan saya buat awal tahun depan. Pada sidang akhbar itu nanti, saya akan sertakan sekali bukti-bukti mengenai sumbangan saya terhadap Pengasih. Bukti-bukti itu semua ada dalam bentuk dokumen dan saya akan bentangkannya dalam sidang akhbar itu.

Keluar daripada tempat itu, mungkin bagi sesetengah orang adalah satu nikmat kebebasan. Namun, jauh di lubuk hati, adakah Jamal juga kecewa dengan pihak Pengasih?

Tentunya saya terguris dengan kenyataan pihak Pengasih. Isu ini memalukan saya. Ada beberapa insiden yang menyebabkan saya rasa terguris. Sampai buka garaj kereta, minta kunci bilik, keluarkan memo dan melarang kakitangan syarikat saya termasuk orang luar untuk berurusan dengan saya. Apa benda semua tu?
Berada di luar tanpa pengawasan Pengasih, tidakkah Jamal bimbang akan terjebak dengan penyalahgunaan dadah?
Insya-Allah tidak. Saya masih kuat dan tidak akan kembali ke dunia gelap itu. Namun, apa yang membimbangkan saya bagaimana nasib semua penghuni dan bakal penghuni di sana.

Apa maksud Jamal?
Iyalah, sepatutnya mereka memberi tunjuk ajar dan penjagaan kepada semua penghuni dengan sebaik mungkin. Kalau perkara-perkara asas ini tidak dititikberatkan, saya khuatir ia akan menghancurkan hidup mereka.
Maknanya Jamal banyak menerima tekanan di sana lalu buat keputusan untuk keluar?
Saya mula rasa banyak tekanan sejak kebelakangan ini saja. Sebab itu bila saya dah keluar, saya rasa tenteram. Sekarang saya mahu berfikiran positif sahaja. Kalau boleh tak mahu fikir semua perkara-perkara negatif antara saya dengan Pengasih. Buat masa ini, cuma ini sahaja yang boleh saya katakan. Untuk penjelasan lanjut, saya akan jelaskan pada sidang akhbar itu nanti.




Sila like+tweet dan komen. TQ!

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment