SYED pasti ramai yang sedia maklum tentang masalah yang melanda produksi teater Semerah Padi. Kalau ikut jadual teater ni mula dipentaskan pada 22 Disember di Istana Budaya sampai akhir tahun ini.
Tapi kecoh minggu lalu sebabSemerah Padi kena tangguh dua hari dan macam-macam masalah yang timbul. Paling mengejutkan bila nama Jue Aziz yang sepatutnya pegang watak utama digugurkan di saat-saat akhir.
Khabar daripada kru produksi banyak hari Jue tidak datang latihan. Bila tak ada komitmen daripada pelakon cantik manis itu tentulah orang produksi panas hati.
Mulanya memang menggelabah pihak produksi nak cari orang baru andai Jue digugurkan. Tapi dengar cerita rupa-rupanya dah ada pengganti watak tersebut.
"Memang nama Jue patut digugurkan sebenarnya. Lepas kecoh cerita tu dia boleh pula datang latihan balik. Sampai hari Rabu yang lalu masih tak ada keputusan untuk Jue," kata sumber dalaman produksi tersebut.
Bila mereka siasat ada yang kata Jue tak sihat. Ada masalah kesihatan yang buat dia jadi macam tu.
Bila mereka nak datang melawat, Jue tidak benarkan. Sampaikan ada teman wartawan yang hubung Jue pun tak berjawab.
Syed cukup terkejut apabila ada sumber tu beritahu yang Jue terkena buatan orang.
Ini bukan kenyataan mengiya dakwaan tersebut. Sebab kalau nak cakap tentang 'mandrem' ni tak ada siapa yang boleh buktikan. Syed cuma menyampaikan apa yang orang beritahu.
Kalau betul seperti mana dakwaan, memang Syed tumpang simpati. Kalau tak betul kenapa Jue jadi macam tu? Pelik bukan?
Syed: Tutup tahun 2011 dengan senyuman.
Sila like+tweet dan komen. TQ!