PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones (atas) bersaing dengan penyerang Blackburn Rovers, Ayegbeni Yakubu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, malam tadi. Keputusan Man United 2, Blackburn 3.
Saturday, December 31, 2011
Gaya Superman
PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones (atas) bersaing dengan penyerang Blackburn Rovers, Ayegbeni Yakubu pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, malam tadi. Keputusan Man United 2, Blackburn 3.
World's Timelines Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012...Pancaran bunga api menerangi ruang udara sekitar KLCC menandakan berakhirnya tahun 2011 tepat jam 12 malam tadi.
Cuba Menjaringkan GOL
PEMAIN Chelsea, (dari kiri) David Luiz, John Terry dan Fernando Torres masing-masing cuba menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Stamford Bridge, London, awal pagi tadi. Chelsea tewas 1-3 walaupun mendahului 1-0.
Kemalangan Kereta Dan Treler
KEADAAN Honda Stream yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta dan treler di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan, Manjung, Perak lewat malam tadi.
IPOH: Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Manjung malam tadi ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan tahun baru 2012.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas jam 11.30 malam itu.
"Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian," katanya ditemui di sini, awal pagi ini.Mohd Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpulkan maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera.
Friday, December 30, 2011
Menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC)
AHLI perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, (dua dari kanan) dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu.
Gelagat Permulaan Sekolah Rendah
NANTI DULU: Murid Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum, Kuantan cuba melepaskan diri daripada kepungan gurunya sambil menangis pada sesi orientasi persekolahan sebenar, hari ini. Sekolah Rendah Kebangsaan Teruntum membuat sesi orientasi bagi menyesuaikan murid-murid dengan alam persekolahan sebenar supaya mereka tidak takut lagi untuk ke sekolah pada sesi pembelajaran sebenar bermula 4 Januari 2012.
Kad Pengenalan Baru MyKad
PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor.
Thursday, December 29, 2011
Terputus Hubungan - Jalan Serian-Sri Aman
TERPUTUS HUBUNGAN: Orang ramai melihat keadaan jalan mendap sepanjang 50 meter dan sedalam 5 meter di Kilometer 77 Jalan Serian-Sri Aman berdekatan Kampung Semungkoi dekat Serian, hari ini.
Bapa rantai dua anak dalam tandas
DUA beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.
BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.
Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.
Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.
Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.
"Jiran terbabit terus menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya
Tuesday, December 27, 2011
Yuna, Qi Dan Keluarga Bercuti Di Eropah, Album Kedua Yuna Bakal Dilancarkan
Yuna. Nama yang tak perlu dipersoalkan lagi kehebatannya dalam bidang nyanyian. Dan rasanya semua orang tahu yang Yuna dan Qi sedang bercinta. Yang terbaru, Yuna dan Qi telah pun pergi bercuti bersama keluarga di Eropah.
Comel kan gambar tersebut? Dan sekiranya anda seorang peminat Yuna, pasti anda tidak sabar menanti pelancaran album kedua yang menampilkan single lagu Melayu yang bertajuk “Terukir Di Bintang” pada Januari 2012 kelak.
Dengar ceritanya Yuna akan turut memperkenalkan anak didik terbarunya yang akan bernaung di bawah Yuna Room Records. Tak sabar nak tengok buah tangan pertama daripada Yuna ini.
Read the rest of the entry →

Jawablah! 'Kami memang gaduh besar'
Abby masih sayang Zul walaupun hubungan terlerai
CINTA mereka unik. Jarak usia serta status yang dipegang iaitu si bujang dan janda membuatkan hubungan antara Abby Abadi dan Zul Ariffin menjadi perhatian ramai.
Namun ketika mengharapkan hubungan berkekalan, perpisahan pula yang muncul. Tidak seperti pasangan bercinta lain yang saling menuding jari apabila cinta tidak kesampaian, Abby atau Zul masing-masing selesa mengunci mulut.
Apakah punca membuatkan ikatan yang terjalin selama tiga tahun itu terlerai, juga tiada siapa tahu. Bertemu Abby sewaktu menghadiri majlis pelancaran laman sosial mface baru-baru ini, membongkar apa yang terbuku di hatinya.
Sambil mengakui keliru dengan status perhubungan mereka itu, Abby bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam pada Zul.
Katanya, walaupun harapan kini tinggal impian namun dalam hatinya, nama jejaka yang pernah bertakhta itu tidak pernah terpadam.

Search tawan Tawau
Tenaga setanding kumpulan rock veteran antarabangsa
SEMAKIN tua semakin menjadi. Bagaimana kebanyakan kumpulan rock veteran antarabangsa yang aktif mengadakan jelajah konsertnya, begitulah juga dengan Search.
Berumur lewat 40-an, malahan ada yang sudah melebihi usia 50-an tetapi Search tetap bertenaga untuk membuat persembahan lebih dua jam tanpa henti.
Honda tak jual kereta banjir
PIHAK media melihat proses pemusnahan kenderaan Honda yang rosak akibat banjir di Thailand.
BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.
Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.
Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda.
Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.
Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.
“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand.
Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates
PEMAIN Arsenal, Robin Van Persie (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Wolverhampton, Roger Johnson (kanan) dan Christophe Berra, dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi ini. Keputusan terikat 1-1.
Tottenham menang 2-0
PEMAIN Tottenham Hotspur, Gareth Bale (tengah) merembat ke gawang Norwich City untuk gol pendahuluan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi. Tottenham menang 2-0.
Bantuan Banjir Di Sarawak
BANTU: Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Negeri menghantar bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Kampung Simpok, Tapah, Kuching. Setakat hari ini hampir 6,891 ribu penduduk terbabit sudah dipindahkan.
Ceroboh rumah berkhalwat
CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.
ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.
Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.
Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.
Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.
“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya.
Tipu suami kerana mahu berasmara Mat Bangladesh
ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung sempena cuti Krismas kelmarin, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.
Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.
Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.
“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.
Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.
Budak perempuan parah dibaham anjing bapa
NGERI...Luna yang mencederakan Jorja (gambar kecil).
LONDON: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam.
Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska - dinamakan sebagai Luna - dari kerusi secara tiba-tiba.
Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa.
“Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,” katanya.
“Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,” katanya.
Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata.
Juara milik Asmidar
Asmidar dinobatkan Juara Konsert Akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa.
Dicabar sengit oleh Mafa sebelum berjaya meraih RM50,000
PERTARUNGAN antara dua finalis program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada Ahad lalu, memberikan tamparan hebat kepada juri program dalam memilih juara.
Namun, kelebihan serta nada tersendiri yang dicipta peserta dari Kuala Lumpur, Norhasmidar Ahmad mendendangkan lagu ciptaan Ajai, Biar Sampai Ke Bintang, 'membunuh' kelebihan lawannya, Mafarikha Md Akhir sehinggakan kesemua juri sepakat mengatakan lagu itu cukup sempurna dinyanyikan.
Banjir Di Filipina
Dec 26, 2011 9:47 am
Liga Perdana Inggeris malam tadi
PERTAHANAN West Bromwich, Johas Olsson, menghalang bola rembatan pemain tengah Manchester City, David Silva, dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi. Keputusan terikat 0-0.
Read the rest of the entry →
Eskalator Gergasi
PIHAK berkuasa wilayah Medellin, Colombia melancarkan eskalator gergasi untuk kegunaan lebih 12,000 penduduk Comuna 13 yang sebelum ini terpaksa mendaki ratusan tangga besar setinggi bersamaan bangunan 28 tingkat.
Demi Wang Baru
Kesan Banjir Di Thailand
RIBUAN kereta tersadai di Kilang Automobil Honda di Taman Perindustrian Rojana, Ayutthaya, Thailand, susulan banjir besar lalu. Honda akan memusnahkan 1,055 kenderaan yang diterima 8 Oktober lalu menerusi pendekatan mesra alam termasuk memampatkan rangka serta mengitar semula bahagian yang diperbuat daripada aluminium dan getah.
Monday, December 26, 2011
Bali siasat laporan jangkitan HIV menerusi jarum tatu
JAKARTA: Pihak Berkuasa Kesihatan Bali sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pelancong Australia dijangkiti HIV menerusi jarum tercemar ketika ditatu di sebuah kedai tatu di Kuta di pulau peranginan itu.
Ketua Agensi Kesihatan Daerah Badung, Gede Putra Suteja, berkata pihak berkuasa itu menghantar satu pasukan untuk menyiasat dakwaan berkenaan dan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap kedai tatu itu.
Seorang pemilik kedai tatu di Kuta berkata, beliau sentiasa mensteril
alat mentatu selepas digunakan dan pelancong ini mungkin dijangkiti HIV
menerusi hubungan seks tidak selamat di Bali dan bukan ketika ditatu," katanya.
Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Australia berkata, seorang pesakit didiagnos
dengan HIV, kemungkinan dijangkiti virus itu ketika ditatu di Bali dan mencadangkan mereka yang ditatu di pulau itu agar mempertimbangkan untuk diuji HIV dan virus berkaitan darah lain.
Sementara itu dalam usaha untuk mencegah meningkatnya bilangan mereka yang
dijangkiti HIV/AIDS di Bali, pihak berkuasa di pulau itu merancang menubuhkan
lebih banyak klinik sukarela kaunseling dan ujian (VCT).
Ketua Agensi Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja, berkata baru-baru ini terdapat 26 klinik VCT di Bali tetapi kesemua 57 daerah kecil di pulau itu akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah klinik VCT pada masa akan datang.
Dengan pembukaan lebih banyak klinik VCT, akan menjadikan orang ramai lebih
menyedari risiko jangkitan virus berkenaan dan membuat pemeriksaan di klinik
sedia ada.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan AIDS Indonesia, jumlah kes HIV/AIDS yang
dilaporkan di Bali meningkat pada tahun lalu, dengan satu kes bagi setiap
pelacur dilaporkan positif HIV dan bilangan itu melonjak hampir 19 peratus
berbanding pada tahun sebelumnya.
Terdapat 5,222 kes HIV/AIDS di Bali pada tahun lalu dengan hampir separuh
daripadanya adalah di Denpasar.

Mayat lelaki ditemui di pembahagi jalan
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohamed Nazri Zawawi, berkata siasatan awal mendapati lelaki berumur 30-an itu dipercayai warga tempatan berdasarkan parut suntikan vaksin BCG pada bahunya.
"Ketika dijumpai, terdapat luka pada dahi, kesan seretan pada belakang badan mangsa dan kaki kanannya patah.
"Mangsa dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dan identitinya tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)untuk dibedah siasat.
Mohamed Nazri berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 9.55 pagi.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sunday, December 25, 2011
Geng Samun Paling Dikehendaki Tumpas
Tiga anggota geng samun paling dikehendaki polis Johor akhirnya tumpas.
Suspek cedera ditembak selepas enggan meletakkan senjata.
Ketiga-tiga mereka yang terbabit dalam 15 kes samun dikesan menaiki sebuah kereta Honda di Bandar Datuk Onn, Johor Bahru 8 malam tadi.
Apabila diarah berhenti, suspek memecut kereta dan melanggar polis.
Kereta penjenayah akhirnya terbabas selepas dikejar polis sejauh tiga kilometer.
Bagaimanapun mereka melarikan diri ke kawasan pembinaan Taman Setia Tropika dan berlaku pergelutan.
Polis terpaksa menembak kaki dan tangan penjenayah selepas mereka enggan meletakkan senjata.
Pemeriksaan menemui lima telefon bimbit, wang tunai RM5,000, alat pemotong dan dua bilah parang.
Pasukan khas ditubuhkan bagi memburu mereka selepas melarikan seorang wanita Indonesia awal bulan ini.
Dalam kejadian itu penjenayah menuntut wang tebusan RM10 ribu.
Kes Penipuan Kewangan Di Internet Meningkat
Kes penipuan kewangan atas talian terus meningkat.
Sehingga Oktober lalu, 19 juta ringgit kerugian direkodkan.
Bagi kes itu, Polis Diraja Malaysia, PDRM menerima 2,472 laporan.
Tertera ialah rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, sepanjang 4 tahun bagi kes berkenaan.
Antara modus operandi digunakan, menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis.
Mangsa diyakinkan, agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah.
Selain menyelesaikan hutang kad kredit atau tawaran mendapatkan barang lelongan kastam.
Mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.
Selain itu, kes penipuan internet yang menggunakan laman sesawang jual beli online turut meningkat sejak 3 tahun lalu.
Bagi tahun ini sahaja, kerugian mencecah sehingga 1.7 juta ringgit.
1,009 kes dilaporkan dari januari hingga Oktober tahun ini.
Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai berwaspada ketika membuat transaksi ke atas sebarang pembelian barangan melalui internet.
Mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh hubungi urus setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di talian berikut.
Tiga gol lagi
KEJAYAAN Robin van Persie meledakkan puluhan gol, membantu skuad Arsene Wenger mengembalikan reputasi mereka dari permulaan hambar hingga berjaya merebut tiket ke Liga Juara-Juara, malah membantu pemain Belanda itu menghampiri rekod jaringan Alan Shearer dalam tahun Liga Perdana Inggeris dengan 36 gol.
Jaringan Van Persie ketika Arsenal menewaskan Aston Villa 2-1 membolehkannya mengumpul 34 gol pada 2011 untuk menyamai rekod Thierry Henry pada 2004.
Dia memerlukan tiga gol lagi menerusi kunjungan Wolverhampton Wanderers pada 27 Disember dan Queens Park Rangers pada malam Tahun Baru untuk mengatasi rekod Shearer yang dicatat 16 tahun lalu.
Rekod Van Persie dilihat lebih menarik dengan purata satu gol setiap perlawanan manakala jumlah jaringan Shearer untuk Blackburn Rovers iaitu 42, manakala Henry 39 gol.
Rekod Van Persie dilihat lebih menarik dengan purata satu gol setiap perlawanan manakala jumlah jaringan Shearer untuk Blackburn Rovers iaitu 42, manakala Henry 39 gol.
“Saya berusia 34 tahun sekarang, sama seperti Thierry,” kata Van Persie.
“Ia satu penghormatan kerana Thierry adalah pemain terbaik Arsenal jadi kejayaan mencapai rekod itu dalam tempoh setahun cukup istimewa. Saya tidak mahu mengalami nasib malang. Saya tahu mengenai rekod itu. Ia membuat saya bangga. Ini bukan sasaran utama saya tetapi sudah tentu saya gembira dengan perkara itu.”
Selepas menyertai Arsenal dari Feyenoord tujuh tahun lalu dengan bayaran 2.75 juta (RM13.6 juta), sumbangan Van Persie sejak musim 2004/05 boleh dianggap sederhana dengan lima, lima, 11, tujuh , 11 dan sembilan gol sebelum lebih serius dengan 18 gol pada kempen lalu, semuanya dicapai selepas 1 Januari 2011.
Begitupun dia masih mengumpul 16 gol musim ini sebelum tibanya tahun baru. Jika sebelum ini dia sering berada di bilik rawatan, Van Persie kini mencetus kebangkitan dengan prestasi meyakinkan.
“Saya tidak terlepas satu pun perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini,” katanya.
“Jadi jika anda mencapai prestasi hebat, rasa lebih cergas dan membolehkan anda mencuba sesuatu yang baru, anda mengambil lebih risiko berbanding jika anda baru pulih daripada kecederaan.
“Sebagai penyerang, adalah penting untuk mencuba kerana ada ketikanya anda merasakan lebih baik menolak bola masuk daripada merembatnya.
“Jika anda lihat kepada aksi saya, saya lebih banyak mengambil risiko sekarang kerana saya tahu jika pasukan menyokong saya, saya akan mempunyai lebih banyak peluang. Biasanya saya tidak menerima satu peluang, mungkin dua, tiga atau empat dalam sesuatu perlawanan.
“Ia menunjukkan saya sentiasa mengambil risiko di mana saja.”
Perpindahan musim panas di Emirates bermula dengan Gael Clichy menyertai Manchester City dan berterusan apabila Cesc Fabregas, orang kuat Wenger di padang, menyertai Barcelona manakala Samir Nasri mengikut jejak Clichy ke Stadium Etihad.
Kejutan akibat kehilangan ramai pemain bintang menjejaskan peluang Arsenal musim ini apabila mereka meninggalkan Old Trafford pada akhir Ogos dengan kekalahan 2-8, menyebabkan mereka berada di tangga ke-17 dengan hanya mengumpul satu mata selepas tiga perlawanan terawal.
Bahkan, Van Persie turut terkejut dengan kejayaan Arsenal menduduki tangga kelima ketika ini.
“Mungkin terkejut sedikit tetapi kami perlu membiasakan diri dengan pemain baru dan saya memuji Mikel Arteta, Per Mertesacker, Yossi Benayoun. Mereka mempunyai karakter yang hebat dan banyak membantu pasukan.”
Kematangan Van Persie mula terserlah apabila mengharapkan pasukannya semakin maju, daripada kepuasan diri mencapai 37 gol sebelum tibanya 2012.
“Sasaran utama saya adalah memenangi perlawanan dan membantu pasukan mencapai keputusan lebih baik, terutamanya ketika menentang Villa, kerana pentingnya untuk kembali bangkit selepas kekalahan kepada Manchester City, Ahad lalu.
“Pasukan hebat biasanya bangkit daripada kekalahan dan itulah yang kami perlu lakukan. Kami perlu dapatkan kemenangan. Kami akan menentang Wolves selepas ini dan kemudiannya QPR. Kedua-duanya di laman sendiri jadi kami mengharapkan keputusan lebih baik.”

Anang, Ashanty pula kena tipu
JAKARTA: Pasangan artis Anang dan Ashanty dilaporkan turut menjadi mangsa penipuan.
Walaupun laporan itu sudah disahkan oleh pihak polis tetapi pasangan itu tetap mahu merahsiakannya.
Menurut pengurus Anang, Yuni, pasangan itu memang tidak mahu menghebahkan musibah yang menimpa mereka kepada umum.
Yuni berkata, penipuan yang menyebabkan Anang dan Ashanty kerugian 150 juta rupiah (RM52,408) itu tidak mahu diperbesar-besarkan oleh mereka.
“Pada pendapat saya, perkara itu tidak perlu dikongsi oleh orang ramai,” kata Yuni melalui telefon, semalam. Anang dan Ashanty dijanjikan oleh seorang individu untuk membuat persembahan di sebuah stesen televisyen swasta di Beijing, China. Bagaimanapun, selepas memberikan sejumlah wang pendahuluan, persembahan yang dijadualkan itu sebenarnya tidak ada. “Mereka dijanjikan dengan persembahan di luar negara dan selepas RM52,408 diberikan, tiada persembahan dianjurkan,” kata Ketua Polis Metro Jaya, Kombes Pol Baharudin Djafar ketika ditemui di balai polis Metro Jaya, Jakarta.
Menurut Baharudin, bukan hanya Anang dan Ashanty yang menjadi mangsa penipuan. “Berdasarkan laporan, ada lima mangsa lagi yang ditipu,” katanya sambil menjelaskan jumlah kerugian semua mangsa mencapai tiga bilion rupiah (RM1.5 juta).
Suspek bagaimanapun, sudah ditahan Rabu lalu dan masih dalam siasatan.
Tiga beranak tertimbus 2 hari dalam salji diselamat
NEW MEXICO: Satu keluarga yang diselamatkan dari kereta mereka yang tertimbus jauh dalam salji selama hampir dua hari memberitahu bagaimana mereka khuatir mereka tidak dapat keluar dari situ hidup-hidup.
Pasukan penyelamat terpaksa menggali salji sedalam empat kaki bagi menyelamatkan keluarga Higgins, di mana kenderaan GMC Yukon 2003 mereka terbabas ke tepi lebuh raya di kawasan terpencil di New Mexico apabila ribut salji melanda kawasan itu, memerangkap mereka dalam kenderaan itu. Pasukan penyelamat menemui David dan Yvonne Higgins dari Texas, serta anak perempuan mereka berusia lima tahun, Hannah, dalam keadaan lesu dan saling berpelukan antara satu sama lain awal pagi kelmarin di lebuh raya 56 AS dekat Springer.
Keluarga itu semakin pulih di Pusat Perubatan Miners Colfax di Raton.
Higgins, 48, berkata, dia dan isterinya mengalami pneumonia tetapi anak perempuannya dalam keadaan baik.
Keluarga itu yang meninggalkan kediaman mereka Ahad lalu untuk percutian ski pra-Krismas di pusat peranginan Angel Fire di New Mexico, mula menempuh cuaca buruk sebaik saja mereka memasuki New Mexico.
Operasi mencari mangsa bot karam di Prigi sehingga esok
JAKARTA: Operasi mencari pendatang asing tanpa izin pencari suaka yang hilang dalam tragedi bot karam pada 17 Disember lalu di luar pantai Prigi, Trenggalek, Jawa Timur akan hanya diteruskan sehingga esok.
"Operasi mencari akan hanya diteruskan selepas esom jika ada permintaan oleh pihak tertentu supaya ia diteruskan," kata ketua Jabatan Mencari dan Menyelamat (SAR) Jawa Timur Sutrisno kepada saluran TV, MetroTV.
Hari ini, katanya, operasi itu menumpukan pencarian di kawasan Selat Bali hingga Mataram, Nusa Tenggara Barat membabitkan empat kapal tentera laut Indonesia.
Setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui sejumlah 101 mayat mangsa kejadian itu manakala 49 lagi terselamat.
Lebih 150 pendatang tanpa izin itu, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berasal dari Timur Tengah, hilang apabila bot yang mereka naiki karam 30 batu nautika dari pantai Prigi, Jawa Timur pada 17 Disember ketika mereka dipercayai sedang cuba diseludup ke Australia.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah sebenar penumpang di atas bot itu, namun berdasarkan maklumat penumpang yang selamat, pihak berkuasa Indonesia menganggarkan bot itu membawa antara 220 hingga 250 penumpang semasa kejadian berlaku.

Saturday, December 24, 2011
Ogy Yang Aibkan Diri Sendiri Bukannya Johan Raja Lawak
Semua tahu bahawa Fauziah Ahmad Daud atau Ogy hangin satu badan dengan Johan Raja Lawak yang menjadi pasangan pengacaranya di Festival Filem Malaysia ke-24 baru-baru ini.
Dengarnya Ogy sampai nak ambik tindakan mahkamah ke atas Johan kerana mempersendakan dirinya.
Yang kita semua tahu selama ni Ogy yang mulut takda insuran. Malukan orang selamba dia aje. Ingat kes Azwan Ali dan Ziana Zain?
Bila kena balik kat batang idung sendiri, bukan main melenting.
Nak muntah pun ada jugak dengan sikap Ogy. Sedarlah diri tu sendiri Ogy.
Bila buku bertemu ruas…kalah…nak saman orang pulak.
Salah satu yang Ogy tak puas hati ialah kononnya Johan mengaibkan dirinya di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan tetamu kehormat malam itu.
Iye ke…atau Ogy yang memalukan diri sendiri sebenarnya?
Cuba tengok klip di bawah dan nilai sendiri.
Penulis tak sampai hati nak tengok klip tu sampai habis. Berapa kali mencuba pun, penulis cuma larat melihat sekerat sahaja.
Rasa malu yang amat dengan gaya Ogy yang bukan sahaja bertudung tapi sudah berumur.
Kena sebut berumur dan tak boleh sebut tua, kang dengan penulis pun kena saman silap hari.
Rasanya…tak perlulah Ogy nak saman Johan. Pergi mahkamah nanti Ogy akan dimalukan dengan lebih teruk oleh peguam Johan silap hari.
Klip itu memperlihatkan betapa huduhnya Ogy terkinja-kinja atas pentas.
Dia membawa aib ke atas dirinya sendiri.
Tak boleh ke bersikap profesional sikit sejajar dengan status artis senior yang cuba dijual Ogy ke serata Malaya?
Perangai lagi teruk daripada beruk kena belacan…nak kata orang lain pulak yang over.
Johan pun ada tersasar jugak..tapi kalau Ogy bersikap matang sikit malam tu, mungkin tak keluar la dialog-dialog yang over.
Silap memang di bahu Ogy. Buat apa nak melatah?
Terang lagi bersuluh Ogy yang mengaibkan dirinya sendiri.
Dan kalau ada rasa tak puas hati pun, bersemuka ajelah dengan Johan. Bermaaf-maafan lebih baik la daripada pergi mahkamah.
Sila klik untuk tonton Video dan nilaikan..
Johan RL Speak English @ FFM24
Rooney hadiah kandang kuda untuk isteri
WAYNE Rooney bercadang membina sebuah kandang kuda bagi menempatkan seekor kuda padi kesayangan isterinya, Coleen, sebagai hadiah Hari Natal.
Bintang penyerang Manchester United itu dilaporkan sedia membelanjakan 48,000 pound (RM236,000) untuk membina kandang di rumah agam mereka yang bernilai 4 juta pound (RM19.6 juta).
Itu bermakna, Coleen boleh berjimat 70,000 pound (RM345,000) dengan hanya menjaga kuda padinya di rumah mereka di Prestbury, Cheshire daripada terpaksa mengharungi perjalanan 45 minit ke Warrington.
Seorang kenalan rapat pasangan ini berkata: "Coleen memang gila kuda. Dia suka menunggang kuda untuk mengekalkan kecergasan.
"Dia pasti amat teruja. Sekiranya rancangan itu diluluskan pihak berkuasa tempatan, kerja pembinaan kandang akan dimulakan seawal tahun depan."
Coleen, 25, juga bercadang untuk membeli seekor anak kuda buat anak lelaki pasangan itu Kai, yang berusia 2 tahun, Kai.
Kai menghadiri kelas menunggang pertamanya, September lalu dan Coleen dengan bangganya memberitahu mengenai hasrat untuk membeli seekor kuda padi Shetland buat anaknya dalam laman sosial Twitter.
"Coleen benar-benar teruja. Dia betul-betul berharap Kai mampu menjadi seorang penunggang yang baik apabila dewasa nanti,'' menurut kenalan itu lagi.
Kadar tol naik mulai 1 Januari
KUCHING 24 Dis. - Kadar tol di Jambatan Tun Salahuddin, di sini akan mengalami kenaikan 10 hingga 30 sen mulai 1 Januari ini.
Menurut Lembaga Pengarah Zecon Berhad, kadar tol bagi kereta atau teksi naik 10 sen menjadikan kadar baru RM1.60 manakala kadar bagi van atau kenderaan jenis pick up pula adalah RM2.20 berbanding RM2 sebelum ini.
"Sementara itu, kadar tol bagi lori atau bas naik sebanyak 30 sen menjadikan kadar baru RM3.30 berbanding RM3 sebelum ini.
"Bagaimanapun, kadar tol untuk motosikal tidak termasuk dalam kenaikan tersebut kerana bayaran sebanyak 50 sen dikekalkan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kenaikan tersebut diputuskan menerusi mesyuarat semakan semula kadar tol yang tertangguh sejak tujuh tahun lalu melibatkan Lembaga Pengarah Zecon Berhad bersama anak syarikatnya, Zecon Toll Concessionaire Sdn. Bhd., (Zecon Toll) pada 23 November lalu.
Katanya, selaras dengan perjanjian konsesi melibatkan Zecon Toll dengan kerajaan negeri, pihaknya berhak menaikkan kadar tol setiap tiga tahun.
"Namun, setelah mempertimbangkan kepentingan dan kebajikan pengguna, pihak lembaga memilih untuk tidak melaksanakan opsyen tersebut apabila mengekalkan kadar sama untuk tujuh tahun berturut-turut.
"Kita terpaksa menyemak kadar ini memandangkan kos penyelenggaraan dan kerja-kerja menaik taraf jalan semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)